Pembiayaan Rumah – Bank Islam

Pembiayaan Rumah-i dan Pembiayaan Semula Rumah-i Bank Islam Malaysia Berhad.

Paid advertisement: Financing Opportunity

Pembiayaan Rumah-i dan Pembiayaan Semula Rumah-i Bank Islam Malaysia Berhad.

Eksklusif untuk sektor profesional (pembiayaan rumah-i).
Mohon pembiayaan rumah-i dan pembiayaan semula rumah-i bank islam hari ini.

#bankislam

#pembiayaanrumah

Financing Opportunity

Paid Advertisement : Financing Opportunity

Exclusive for AMO Members!

Pac Lease Berhad has teamed up with AMO to offer attractive to the Optometrists registered under AMO. This collaboration shall commence from 1 February 2023 to 30 July 2023.

Pac Lease Berhad primarily offers to hire purchase facilities for the purchase of capital equipment and machinery. In addition, we also offer loans for project development, asset acquisition, and working capital as well as trade financing facilities to SMEs. With our Headquarters in KL and 16 branches across Malaysia, we also offer insurance products and other financing services.

Link: https://www.paclease.com.my/products-services/financing/

Thank you.

Congratulation!

Congratulation!

To Mr. Ahmad, AMO President & Assoc. Prof. Dr. Mohd Zaki Awang Isa, AMO Advisory Board Member.

On being elected as Malaysia Optical Council (MOC) member representing ALL Optometrists.

Please accept our warm congratulations on your victory and our best wishes for your success as you prepare to take up the responsibilities and challenges of your office.

As you embark upon your new responsibilities, we wish to assure you of the continued support from the Association of Malaysian Optometrists (AMO).

We look forward to working with you not only to develop closer relations between different eyecare professions but also to concert our efforts in the cause of Optometrists and the importance of quality vision care for all people.

Jutaan Penghargaan & Terima Kasih Kepada Optometrist yang Mengundi!

Jutaan Penghargaan & Terima Kasih Kepada Optometrist yang Mengundi!

AMO ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua Optometrist Malaysia yang telah mengundi dalam pemilihan Majlis Optik Malaysia untuk sesi 2023-2026 baru-baru ini.

Syukur kepada tuhan, usaha yang digerakkan oleh pasukan kempen dan tekad para pengundi untuk membuat perubahan telah diterjemahkan kepada undi-undi untuk Encik Ahmad & Assoc. Prof. Dr. Zaki sebagai calon yang dipersetujui AMO.

Tekad dan azam yang jitu ini pastinya akan terus dipacu dan diterjemahkan untuk agenda pemerkasaan SEMUA Optometrist.

Sesungguhnya, undi anda besar ertinya kepada profesyen kita & andalah pemacu kejayaan bersama.

TERIMA KASIH!

Tulus ikhlas daripada,
Association of Malaysian Optometrists (AMO)

TAHNIAH Dr Zaliha Mustafa.

TAHNIAH Dr Zaliha Mustafa

TAHNIAH Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.

Kami memohon agar Yang Berhormat Menteri Kesihatan cakna dan peka kepada kebajikan warga kesihatan seperti Optometrist di seluruh Malaysia.

Semoga penglihatan dan kesihatan rakyat Malaysia terus terjaga melalui kerjasama rapat antara Optometrist awam & swasta.

#DemiPertiwi
#DemiMataPertiwi

AMO Official Academic Collaboration with International Scientific Journal.

AMO Official Academic Collaboration with International Scientific Journal.

AMO is now collaborating with Medical Hypothesis, Discovery and Innovation in Optometry Journal.

www.mehdioptometry.com
info@ivorc.com

Interested to submit research papers or academic publications to this journal? We recommend that you review the Submission Guideline page for the journal’s section policies, as well as the Journal Policies. Authors need to register with the journal prior to submission or, if already registered, can simply log in and begin the five-step process.

Submission Guideline
http://mehdijournal.com/index.php/mehdioptometry/SubmissionGuidelines

Journal Policies
http://mehdijournal.com/index.php/mehdioptometry/JournalPolicies

Register
http://mehdijournal.com/index.php/mehdioptometry/user/register

Log In
http://mehdijournal.com/index.php/index/login

SUBMIT NOW!

Vision with Action
AMO Secretariat

TAHNIAH DSAI

Association Of Malaysian Optometrists (AMO) mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T dan menjunjung kasih pada Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Baginda melantik YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10. Ucapan tahniah dan syabas dirakamkan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari Penglihatan Sedunia (WSD)

Memperkasakan Penyampaian Jagaan Kesihatan Mata dan Penglihatan.

Setiap tahun, Hari Penglihatan Sedunia (WSD) disambut pada hari Khamis kedua bulan Oktober. Tahun ini, WSD jatuh pada tarikh 13 Oktober 2022. Bersempena WSD 2022 dengan tema “Sayangi Mata Anda”, Persatuan Optometris Malaysia (AMO) bersama Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dalam memastikan objektif-objektif berikut dapat dicapai:

1. Pengesanan awal penyakit mata dan masalah penglihatan dalam kalangan ahli Keluarga Malaysia.
Berdasarkan Kajiselidik Mata Kebangsaan I & II, 86.3% masalah kebutaan boleh dielakkan melalui pengesanan dan rawatan awal. Sistem kesihatan awam di Malaysia lebih mengutamakan konsep “Rawat Selepas Sakit” berbanding “Kesan Sebelum Sakit”. Ini jelas dilihat melalui data-data pesakit mata yang hadir ke fasiliti kesihatan awam mahupun swasta yakni pesakit mata yang hadir sudah mempunyai risiko kebutaan sama ada boleh dirawat atau tidak. Pada masa yang sama, kita melihat kadar penggunaan sumber untuk melaksanakan pengesanan awal penyakit mata dan penglihatan berada pada paras yang tidak memuaskan. Justeru, kami berharap agar sumber-sumber yang tersedia di sektor awam & swasta seperti jururawat masyarakat dan optometris boleh digunakan dengan lebih optimum serta menyeluruh untuk mengurangkan jumlah masalah kebutaan yang boleh dielak dalam kalangan Rakyat.

2. Mengurangkan masa menunggu dan kesesakan pesakit mata di hospital awam.
Sekiranya kita melawat ke klinik-klinik mata di hospital awam di seluruh Malaysia, satu fenomena yang menjadi kebiasaan ialah masa menunggu yang sangat lama dan kesesakan dalam fasiliti klinik mata. Hal ini berpunca daripada semua aktiviti rujukan pesakit daripada pengamal perubatan kepada penjagaan kesihatan tertiari iaitu klinik pakar mata tanpa melalui tapisan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan mata primer seperti optometris sama ada di peringkat sektor awam mahupun swasta. Maka, semua pihak diseru untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan mata primer yang tersedia di seluruh Malaysia termasuklah perkhidmatan optometris. Para optometris bukan sahaja terlatih dalam menyaring dan mengesan penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan retinopati diabetes, bahkan mempunyai pengetahuan dalam pengendalian pelbagai masalah kesihatan mata di peringkat primer.

3. Meningkatkan produktiviti dan pencapaian para pekerja melalui penglihatan yang baik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa masalah rabun yang tidak dirawat (URE) merupakan penyumbang utama kepada kehilangan produktiviti para pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2010, kehilangan produktiviti akibat URE dianggarkan bernilai USD272 billion. Laporan Penglihatan Sedunia 2020 menganggarkan 5 billion penduduk dunia akan mengalami masalah rabun jauh menjelang tahun 2050. Kami menyeru semua pihak untuk berkerjasama dalam memastikan Rakyat memperolehi perkhidmatan kesihatan mata dan penglihatan yang terbaik. Kami berharap agar semua pihak termasuklah optometris, oftalmologis, dan pengamal perubatan berperanan secara lebih holistik dalam menggembleng tenaga untuk memastikan masalah penglihatan dapat dikesan lebih awal dan penyakit-penyakit mata disaring pada peringkat primer agar produktiviti Rakyat adalah terjaga.

Secara tuntasnya, kami menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam memperkasakan penyampaian jagaan kesihatan mata dan penglihatan di Malaysia. Pihak kerajaan diseru untuk menggunakan sumber-sumber yang ada sepenuhnya termasuklah profesional di sektor swasta seperti pengamal optometris yang berdaftar. Penekanan harus diberikan terhadap aktiviti pengesanan awal penyakit mata selain melakukan aktiviti pencegahan yang sudah semestinya lebih baik daripada merawat.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Persatuan Optometris Malaysia & Gabungan Kesihatan Malaysia
12 OKTOBER 2022

 

Exclusively for Optometrists!

ADVERT

Exclusively for Optometrists!

Either to consolidate your debt, to renovate your home, or to finance your new house, we've got your back. Apply for Bank Islam Home Financing-i/ Home Refinancing-i today to materialise your plans!

Visit Home Financing – Bank Islam Malaysia Berhad for more info!

#BankIslam #HomeFinancing #HomeRefinancing